Cara Menggunakan Video Group Whatsapp

Bagaimana Menggunakan Panggilan Video Kumpulan WhatsApp

Cara Menggunakan Video Group Whatsapp

Pengguna WhatsApp menghabiskan lebih dua bilion minit panggilan pada setiap hari. Whatsapp iaitu anak syarikat Facebook telah mengumumkan satu ciri baru yang membolehkan panggilan suara dan video kumpulan sehingga empat orang. Seperti semua komunikasi WhatsApp, panggilan kumpulan adalah disulitkan dari hujung ke hujung.

WhatsApp memberitahu aplikasi pemesejannya akan menambah ciri panggilan video kumpulan yang ditunggu-tunggu beberapa minggu lalu, dan akhirnya telah tersedia.


"Kini Pengguna Android dan iOS boleh mengadakan perbualan audio dan video di Whatsapp sehingga empat orang". 

Update terbaru ini memberikan WhatsApp jawapan kepada saingan mereka yang mempunyai pilihan seperti Skype. Lebih 1.5 bilion orang menggunakan WhatsApp setiap bulan, dengan sebahagian daripada mereka bergantung dengan cara itu sebagai cara utama komunikasi berasaskan telefon mereka. Ini memberi peluang untuk panggilan video kumpulan untuk sebahagian besar daripada mereka, yang kebanyakannya mungkin mempunyai masalah untuk meyakinkan rakan untuk menukar aplikasi baru hanya kerana untuk perbualan bersemuka semata-mata.

Panggilan kumpulan (Group) telah dilancarkan kepada pengguna untuk pengguna iOS dan Android. 

Setelah anda mempunyai ciri baru ini, dibawah adalah cara untuk menggunakannya:

1. Buka WhatsApp. Navigasi ke skrin Utama dan pilih butang "Panggilan".


Cara Menggunakan Video Group Whatsapp

2. Tekan ikon "Panggilan" di sudut kanan atas. Ini akan membawa anda ke kenalan anda.


Cara Menggunakan Video Group Whatsapp


3. Skrol ke bawah dan pilih kenalan untuk dipanggil. Tekan nama mereka untuk menghubungi mereka.


Cara Menggunakan Video Group Whatsapp


4. Tekan butang "Add Participant" di sudut kanan atas.
Cara Menggunakan Video Group Whatsapp

5. Pilih peserta ketiga. Sahkan bahawa anda mahu menambahkannya pada panggilan.

Nota: Ulangi proses ini untuk menambah peserta keempat,telah bersedia untuk berbual, confrence, berbincang dan sebagainya semasa membuat panggilan dalam Whatsapp Group Video Call.