Cara Menaikkan Ranking Website Tanpa Guna Backlink
Menaikkan Ranking (Kedudukan) web dan Blog di Google
Kenapa blog anda masih lagi ketinggalan kebelakang dalam ranking Google. Admin pun tak pasti apa yang masih kurang untuk mendapat ramuan SEO yang tepat untuk kedudukan yang lebih baik untuk pertandingan review lynk.my ini.
Setelah admin baca satu artikel yang dikongsi oleh seorang Pakar SEO (Syed Faizan) melalui updated blog beliau 11 Cara Tingkatkan Ranking Tanpa Perlu Backlink lagi. Ada beberapa perkara yang admin terlepas pandang dan tidak dititikberatkan menyebabkan blog admin tersasar jauh dari landasan yang sepatutnya. Huh...blur juga sekejap dibuatnya kerana selain element SEO On Page dan SEO Of Page perlu diperbetulkan internal linking dalam blog kita.
So, admin pun semak satu persatu internal linking mana link yang tak tepat. Bila dibelek alamak!...berteraburlah tak tersusun macam seperti kata tuan Seocarabaik.com. Berbagai faktor yang perlu diberi perhatian bukan sekadar SEO On Page, SEO Off Page, meta tags, backlink dan sebagainya. Susah juga perkara yang dikatakan SEO ini kalau tak dibuat secara keseluruhannya, bukannya satu satu part aje...
Ada 11 tips cara nak tingkatkan page rank kata tuan SEO kita iaitu:-
1. Buat dengan betul internal linking.
2. menambah fungsi atribut rel NoFollow.
3. External link out kepada authority site.
4. Word count (jumlah perkataan).
5. Google suka blog yang selalu update.
6. Image alt jangan lupa tambah.
7. Letak video, game, dan lain-lain yang relevan dengan tajuk.
8. Url pendek (option sahaja mengikut perlu).
9. Menambah H1,H2 dan H3.
10. Structured data- schema atau guna Google Structured Data Testing Tools.
11. Memperbaiki webpage speed dengan Google Pagespeed insight